AS Dikritik Campuri Urusan Dalaman China

2021-12-31 16:28:52  CRI
Share with:


Washington dikritik hebat oleh Beijing kerana bersikap munafik dan mengamalkan dwistandard, sekali gus mencampuri urusan dalaman China atas nama kebebasan.

Terdahulu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menerusi kenyataannya mencela tindakan China dan kerajaan Hong Kong yang menyerbu sebuah premis media tempatan dan menahan kakitangan berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat rutin pada Khamis, membalas dengan mengatakan bahawa penahanan individu terbabit dan pembekuan aset mereka merupakan antara tindakan setimpal yang diambil pihak polis Hong Kong.

Menurut beliau, adalah wajar dan munasabah bagi pihak penguat kuasa bertindak mempertahankan kedaulatan undang-undang dan memelihara orde sosial.

Tegasnya, ia tiada sangkut paut dengan kebebasan akhbar.

Pada Rabu, polis Hong Kong menahan kakitangan media tempatan, Stand News atas tuduhan menerbitkan kandungan berunsur hasutan.