Ucapan Tahun Baharu Presiden China Dapat Sambutan Hangat

2021-01-03 14:39:44  CRI
Share with:

Ucapan selamat tahun baharu yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping menerusi Kumpulan Media China (CMG) dan internet telah mendapat sambutan hangat di seberang laut.

Laman sesawang akhbar Il Giornale Itali telah menyiarkan klip video ucapan berkenaan dan menerbitkan rencana yang bertajuk "mengatasi impak wabak dan memulihkan pembangunan ekonomi - ucapan tahun baharu Presiden China, Xi Jinping".

Akhbar penting di Amerika Latin, El Peruano telah menerbitkan ulasan yang berbunyi, China dijangka memainkan peranan lebih kunci dalam masyarakat antarabangsa pasca wabak, yang termasuk peranannya yang lebih penting dalam menganjurkan dan melindungi amalan multilateralisme dalam pertubuhan antarabangsa dan mekanisme integrasi serantau.

Pakar isu Asia Timur dari Bulgaria, Nako Stefanov menyimpulkan ucapan berkenaan dengan tiga kata kunci, iaitu "keprihatinan" terhadap nyawa dan keselamatan rakyat, "kebanggaan" akan pencapaian rakyat semasa penularan wabak dan "keyakinan" terhadap pembangunan pada masa depan yang bukan sahaja akan mempengaruhi China malah juga dunia.

高蕾