Cuba Kutuk AS Burukkan Lagi Hubungan Dua Hala

2021-01-04 14:51:19  CRI
Share with:

3 Januari 2021 ialah hari ulang tahun ke-60 terputusnya hubungan diplomatik antara Cuba dengan Amerika Syarikat (AS).

Mengulas khabar tentang AS hendak menyenaraikan semula Cuba dalam senarai "negara-negara yang menyokong keganasan" baru-baru ini, Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez dalam akaun media sosialnya mengutuk langkah AS tersebut untuk "mengambil hati golongan minoriti anti-Cuba dari Florida". Beliau mendakwa AS membela kumpulan pengganas anti-Cuba di wilayahnya dan mengelakkan mereka dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Jabatan Negara AS memasukkan Bank Kewangan Antarabangsa Cuba (BFI) dalam senarai sekatan pada 1 Januari lalu. Semua syarikat AS dilarang menjalankan urus niaga dengan bank tersebut.

Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel Bermúdez dalam akaun media sosialnya menyatakan, pihaknya tidak akan tunduk atas ancaman serta sekatan yang tidak adil dan zalim daripada AS. Cuba akan terus komited menentang sekatan AS di samping mempergiat model pembangunan sendiri.

Menteri Luar, Rodriguez pula menyatakan bahawa langkah AS ini bertujuan untuk memburukkan situasi ekonomi Cuba. Namun cubaan seumpama itu tidak menghalang pembangunan Cuba dalam 62 tahun ini.

徐国玮