100 Orang Maut Serangan di Niger

2021-01-04 11:45:53  CRI
Share with:

Sebanyak 100 orang maut dalam serangan kumpulan militan yang berlaku di dua buah kampung di Tillaberi, barat Niger Sabtu lalu.

Perdana Menteri Niger, Brigi Rafini semalam memberitahu bahawa anggota militan terlibat masih belum ditangkap. Pihaknya telah meningkatkan tindakan keselamatan di tempatan kejadian.

Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Niger, serangan itu ialah tindakan balas terhadap insiden dua anggota militan itu dibunuh oleh penghuni kampung tersebut ketika melakukan kegiatan jenayah sebelum ini.

Serangan ganas sering berlaku di Tillaberi hingga mengakibatkan kematian dan kecederaan serius pada beberapa tahun lalu.

覃淼