Iran Tingkatkan Ketulenan Uramium kepada 20%

2021-01-05 14:53:41  CRI
Share with:

Iran telah mengambil tindakan meningkatkan tahap ketulenan uramium kepada 20% di kemudahan nuklear Fordo.

Demikian ujar jurucakap kerajaan Iran, Ali Rabiei semalam.

Menurut beliau, pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Pada awal Disember lalu, Suruhanjaya Penyeliaan Perlembagaan Iran meluluskan satu akta yang telahpun diluluskan oleh parlimen, menuntut kerajaan menolak pemeriksaan oleh IAEA di negaranya dan melepasi had yang ditetapkan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran, sekiranya sekatan ke atas Iran didapati tidak dilonggarkan dalam tempoh dua bulan.

Menurut peraturan IAEA, had maksimum bagi pengayaan uramium kegunaan awam adalah berketulenan 20%.

覃淼