Kapal Induk Nimitz Bersiap Siaga di Asia Barat

2021-01-05 15:45:03  CRI
Share with:

Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Christopher Miller pada Ahad lalu menyatakan, kapal induk Nimitz tidak akan pulang ke AS, sebaliknya terus berada di Asia Barat, bersiap siaga untuk menghadapi ancaman daripada Iran.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berikutan Iran mengeluarkan ancaman terhadap Presiden Donald Trump dan pegawai-pegawai lain baru-baru ini.

Pada November lepas, kapal induk Nimitz tiba di Teluk. Pada penghujung Disember pula, Miller mahu kapal induk itu pulang ke AS selepas menjalankan misi sokongan kepada tentera AS di Somalia.

徐国玮