Hubungan Diplomatik Qatar dengan Empat Negara Arab Dipulihkan

2021-01-06 12:28:23  CRI
Share with:

Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud semalam menyatakan bahawa hubungan diplomatik antara empat negara Arab iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir dengan Qatar telah dipulihkan.

Perisytiharan Al-Ula diluluskan dalam Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Negara-negara Arab (GCC) ke-41di Al-Ula, kota kuno Arab Saudi semalam.

Faisal bin Farhan Al Saud dalam sidang akhbar selepas sidang kemuncak itu menyatakan bahawa perisytikaran tersebut menunjukkan keinginan politik dan keikhlasan negara-negara terlibat di samping membuka lembaran baharu bagi menggalakkan keselamatan dan ketenteraman rantau itu.

Pada Jun tahun 2017, empat negara tersebut memutus hubungan diplomatik dengan Qatar, di samping mengenakan sekatan dan memblokade negara itu dengan alasan Qatar menyokong keganasan dan merosakkan keselamatan serantau.

覃淼