Jumlah Kereta Api Kargo China-Eropah Meningkat 2020

2021-01-07 14:50:50  CRI
Share with:

Jumlah kereta api kargo China-Eropah yang melalui pelabuhan Manzhouli mencatat angka 3,548, dengan penghantaran unit bersamaan 20 kaki (TEU) kontena mencatat 324,310 pada tahun 2020. Kedua-dua angka tersebut masing-masing meningkat 35.1 peratus dan 37.6 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Pengedaran barangan sejagat terjejas dengan pengangkutan udara dan laut yang banyak berkurangan akibat penularan pandemik COVID-19. Kereta api kargo China-Eropah menggunakan kelebihannya di samping meneroka urus niaga baharu dan laluan baharu. Ia memainkan peranan penting dalam menjamin kelancaran logistik dan kestabilan bekalan barangan antara China dengan negara-negara Eropah.

Manzhouli merupakan pelabuhan darat yang paling besar di China. Barang-barang yang dihantar melalui pelabuhan itu termasuk barang keperluan harian, barang eletrik, mesin, logam, hasil pertanian, komponen kenderaan dan sebagainya.

徐国玮