Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Afrika

2021-01-07 14:45:26  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan, lawatannya ke lima negara Afrika kali ini adalah untuk mengeluarkan isyarat jelas kepada dunia bahawa China dan Afrika akan meningkatkan kerjasama untuk membina komuniti berkongsi nasib yang lebih erat.

Wang Yi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas bertemu dengan Menteri Luar Nigeria, Geoffrey Onyeama di Abuja kelmarin.

Wang Yi kini dalam rangka lawatan ke Nigeria, Congo, Botswana, Tanzania dan Seychelles.

Beliau berkata, China dengan teguh menyokong Afrika melawan pandemik COVID-19, dan bersedia terus menghulurkan bantuan kepada negara-negara Afrika.

Pada masa yang sama, China menyokong Afrika memulihkan ekonomi, dan menaik tarafkan kerjasama kedua-dua pihak.

Selain itu, China menyokong Afrika meningkatkan pengaruhnya di arena antarabangsa. China bersedia memperkasakan komunikasi strategik dengan Afrika dalam isu serantau dan antarabangsa, mempertahankan multilateralisme, memelihara kepentingan bersama negara-negara membangun, menentang campur tangan kuasa luar dan mendorong order antarabangsa menuju ke arah yang lebih adil dan rasional.

徐国玮