China Orak Selangkah Penting dalam Program Vaksinasi

2021-01-08 14:03:32  CRI
Share with:

China Orak Selangkah Penting dalam Program Vaksinasi_fororder_22192f0545b17ec8cd021883344dbad

China Orak Selangkah Penting dalam Program Vaksinasi_fororder_0f08523237d66dea07ae11458403f0f

China Orak Selangkah Penting dalam Program Vaksinasi_fororder_32fa10cbd56b559bb33112d13d36eb1

Program pemvaksinan terhadap golongan sasar sedang berjalan lancar di seluruh China, selepas pemasaran vaksin COVID-19 keluaran negara itu diluluskan secara bersyarat pada hujung tahun lalu.

Perkembangan itu turut menarik perhatian media antarabangsa.

The New York Times dalam laporannya pada Khamis menyatakan  vaksin China terbukti berkesan mengikut keputusan ujian klinikal. Ia secara tidak langsung mengeluarkan isyarat positif kepada penggunaan vaksin China secara besar-besaran di seluruh dunia.

Laporan itu juga berbunyi, China  bersikap terbuka terhadap kerjasama antarabangsa berkaitan vaksin, dan berjanji menjadikan vaksin COVID-19 sebagai produk awam global.

BBC melaporkan, kelulusan vaksin berkenaan membolehkan negara berpopulasi paling ramai di dunia itu mengorak selangkah penting dalam program vaksinasi. 

Laporan Reuters pula menyebut, terdapat beberapa lagi calon vaksin keluaran China yang sedang menjalani ujian klinikal fasa ketiga. Ini memperlihatkan kesungguhan negara itu untuk membangunkan vaksin buatan sendiri.

梁靓