Brazil Beli Vaksin Covid-19 China

2021-01-09 14:34:19  CRI
Share with:

Kerajaan Brazil merancang untuk membeli 100 juta dos vaksin COVID-19 yang dikembangkan oleh firma biotek China, Sinovac Biotech (SVA).

Menurut Menteri Kesihatan Brazil, Eduardo Pazuello, kerajaan telah memeterai perjanjian dengan institusi pengajian Butan Tan dari negeri Sao Paulo mengenai pemerolehan vaksin tersebut pada Khamis lalu.

Menurut perjanjian itu, institusi Butan Tan akan menyerahkan vaksin kumpulan pertama sebanyak 46 juta dos sebelum penghujung April, manakala bakinya 54 juta dos akan diserahkan kemudian pada tahun ini.

Pazuello berkata, semua vaksin tersebut akan diseranaikan dalam rancangan pemvaksinan negara, dan diedarkan kepada pelbagai negeri mengikut kuota secara adil.

Pemvaksinan akan dimulakan di negara itu seawal-awalnya pada 20 Januari ini.

Menurut data statistik terkini oleh Kementerian Kesihatan Brazil pada 7 Januari, kes positif COVID-19 baharu merekodkan 87,843 dalam 24 jam sebelumnya, mencipta peningkatan harian tertinggi sejak wabak itu menular di Brazil. Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara itu meningkat kepada 7,961,673 kes dengan 200,498 kes kematian.

覃淼