Akaun Twitter Trump Ditutup

2021-01-09 15:56:47  CRI
Share with:

Akaun Twitter Trump Ditutup_fororder_微信图片_20210109171747

 

Laman sosial Twitter menutup akaun peribadi presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk selama-lamanya.

Twitter dalam kenyataan pada malam tadi menyebut, "selepas mengkaji Tweet oleh Donald Trump dan masalah berkaitan, kami menutup akaun ini kerana ada risiko menghasut kegiatan kekerasan selanjutnya".

Twitter telah membeku akaun Trump selama 12 jam pada 6 Januari. Menurut media sosial itu, mereka telah mengingatkan bahawa akaun itu akan ditutup untuk selama-lamanya jika Trump terus melanggar terma-terma flatform itu.

Selain itu, Facebook pula menyatakan akan membeku akaun Trump sehingga Joe Biden mengangkat sumpah menyandang jawatan presiden.

徐国玮