Parti Demokrat Tuntut Lucut Jawatan Trump

2021-01-09 15:44:52  CRI
Share with:

Ketua Senat dan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokrat menuntut pelucutan jawatan presiden Donald Trump selepas bangunan Capitol diserbu masuk oleh pemprotes pada 6 Januari. Di samping itu, Setiausaha Pengangkutan dan Setiausaha Pendidikan mengumumkan peletakan jawatan masing-masing.

Pemimpin parti minoriti dari Senat, Chuck Schumer dan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi menuntut Naib Presiden Michael Pence melucutkan jawatan Donald Trump sebagai Presiden dengan pindaan ke-25 perlembagaan, dengan alasan Trump "menghasut rusuhan dan menjadi ancaman berterusan".

Nancy Pelosi menyatakan, sekiranya Pence tidak mengambil tindakan segera, kongres mungkin akan melancarkan prosiding pemecatan Trump yang merupakan pendirian majoriti anggota Parti Demokrat dalam kongres. 

Dilaporkan lagi oleh CNN, presiden terpilih, Joe Biden enggan terlibat dalam perbincangan mengenai pelucutkan jawatan Trump menggunakan pindaan ke-25 perlembagaan. 

胡星