15 Pemprotes Serbu Capitol Didakwa

2021-01-10 14:46:38  CRI
Share with:

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan dakwaan ke atas 15 orang pemprotes yang terlibat dalam kejadian menyerbu masuk bangunan Capitol pada Jumaat lalu. 

Jabatan itu turut mengumumkan perincian tuduhan terhadap 13 tertuduh serta nama mereka.

Kebanyakan mereka didakwa menyerbu masuk bangunan Capitol secara haram, melakukan kegiatan kekerasan, dan merosakkan ketenteraman di kawasan terbabit.

Selain itu, kira-kira 40 orang lagi ditahan dan didakwa di Mahkamah Tinggi daerah Columbia. Tuduhan terhadap mereka termasuk menyerbu masuk bangunan Capitol secara haram, melanggar perintah berkurung pada waktu malam, dan kegiatan jenayah yang berkaitan dengan senjata.

Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray menyatakan, pihaknya akan terus menjalankan siasatan terhadap pemprotes yang terlibat dalam kejadian tersebut.

徐国玮