COVID-19: 23 Ribu Kematian Baharu di AS

2021-01-10 15:38:03  CRI
Share with:

COVID-19: 23 Ribu Kematian Baharu di AS_fororder_1

COVID-19: 23 Ribu Kematian Baharu di AS_fororder_2

Menurut statistik terkini oleh Amerika Syarikat (AS), lebih 23 ribu kes kematian dilaporkan dalam lapan hari pada tahun baharu ini. Jumlah kematian harian mencipta rekod tertinggi dalam tempoh 2 hingga 8 Januari.

Consumer News and Business Channel (CNBC) melaporkan semalam, kes kematian harian dalam seminggu tersebut mencatat 2983 orang secara purata, meningkat 19% berbanding minggu sebelumnya. 

Pada masa yang sama, kes jangkitan baharu harian mencatat hampir 250 ribu, meningkat 27% berbanding minggu sebelumnya.  

Selain itu, jumlah pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di hospital mencipta rekod tertinggi di 16 negeri, termasuk California, Arizona, Texas, dan South Carolina.

Dilaporkan lagi, setakat ini, 8 negeri termasuk New York, California dan Colorado telah melaporkan jangkitan varian bari yang sebelum ini dikesan di Britain, menjadikan jumlah jangkitan varian mencatat lebih 60 di AS.

胡星