Thailand Beli Dua Juta Dos Vaksin dari China

2021-01-11 14:15:11  CRI
Share with:

Kabinet Thailand meluluskan penggunaan belanjawan kerajaan berjumlah 1.3 bilion baht (RM170 juta) untuk menempah dua juta dos vaksin COVID-19 dari China.

Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchada Thanadirek memaklumkan, petugas barisan hadapan dan warga emas yang dijangkiti penyakit kronik merupakan antara kumpulan keutamaan penerima vaksin keluaran China tersebut.

Terdahulu, Jabatan Kawalan Penyakit  Thailand (DDC) mengumumkan program inokulasi di negara itu akan dilaksanakan menerusi tiga fasa.

Vaksinasi fasa pertama dilakukan pada Feburari hingga April, menyasar seramai sejuta orang dari golongan mudah diserang penyakit dan kakitangan perubatan, dengan membabitkan suntikan sebanyak dua juta dos.

Bermula Mei hingga Jun, golongan mudah terjejas serta mereka dari kawasan yang teruk dilanda wabak merupakan antara penerima vaksin pada fasa seterusnya.

Fasa ketiga dijangka dijalankan pada pertengahan kedua tahun ini hingga awal tahun hadapan dengan sasaran orang ramai di seluruh negara diberikan suntikan.

董筱娉