PBB Seru Junjung Multilateralisme Inklusif

2021-01-11 14:50:03  CRI
Share with:

Dunia diseru menjunjung multilateralisme yang berangkaian dan inklusif untuk mengatasi cabaran global, sambil menggembleng tenaga mengurangkan ketidaksamaan dan ketidakadilan.

Seruan dibuat Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres ketika berucap dalam sidang maya bagi memperingati ulang tahun ke-75 mesyuarat pertama Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Ahad.

Beliau berkata di dunia yang saling hubung ini, multilateralisme berangkaian amat diperlukan bagi membolehkan organisasi global dan serantau berkomunikasi dan bekerjasama ke arah mencapai matlamat bersama.

Katanya, pandemik COVID-19 adalah satu malapetaka didepani umat manusia, tetapi ia juga boleh membawa peluang baharu bagi semua.

Dalam proses pemulihan daripada impak COVID-19, Perjanjian Iklim Paris dan Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB harus dijadikan cetak biru untuk mengukuhkan asas pembangunan sosioekonomi pasca pandemik.

周乔西