Penyertaan DRC dalam BRI Signifikan

2021-01-11 11:57:46  CRI
Share with:

Lawatan Ahli Dewan Negara China, Wang Yi ke Republik Demokratik Congo  (DRC)  dianggap signifikan bagi memperkasakan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang lebih rapat.

Demikian ujar Duta Besar China ke DRC, Zhu Jing ketika ditemu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG).

DRC merupakan destinasi kedua dalam lawatan Wang Yi yang juga menteri luar China ke lima negara Afrika kali ini.

Dalam tempoh lawatan itu, kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman kerjasama berhubung BRI, sekali gus menjadikan DRC negara Afrika ke-45 yang menyertai inisiatif tersebut.

Menurut Zhu Jing, kerjasama antara kedua-dua negara amat berpotensi bukan sahaja dalam sektor perlombongan dan pembinaan infrastruktur yang telah menyaksikan hasil memberangsangkan, tetapi juga melibatkan bidang-bidang lain seperti ekonomi digital, pertanian dan sumber manusia. 

张哲