Ray Dalio: China akan Berkembang Menjadi Pusat Kewangan Dunia

2021-01-13 11:24:50  CRI
Share with:

Pengasas Bridgewater Associates, Ray Dalio memberitahu bahawa China akan berkembang menjadi pusat kewangan antarabangsa.

Ketika diwawancara oleh Financial Times Britain, pengasas kepada syarikat dana lindung nilai terbesar di dunia itu berkata tahun 2020 amat bererti bagi pasaran kewangan China.

Jelas Dalio, meskipun dilanda wabak COVID-19, ekonomi China bukan sahaja kekal berprestasi baik, malah turut menarik banyak pelaburan asing..

Menurut beliau, walaupun sistem kewangan China tidak maju seperti negara Barat pada masa ini, tetapi China mempunyai pasaran modal kedua terbesar di dunia

Berlandaskan kepada perkembangan sejarah, Dalio berkata negara dengan nilai perdagangan besar pada akhirnya akan menjadi pusat kewangan dunia serta mempunyai mata wang rizab global.

Pada masa sama, Dalio turut menyatakan bahawa dirinya telah melihat China secara optimis sejak sekian lama.

Katanya, faktor kejayaan pemulihan ekonomi China daripada wabak, selain saham dan bonnya yang turut dimasukkan dalam indeks kewangan berpengaruh pada peringkat global secara tidak langsung telah meningkatkan daya tarikan China terhadap modal asing.

Dalam pada itu, Dalio turut berpendapat bahawa pasaran modal China bukan sahaja berkembang baik dari sudut skala, bahkan mempunyai prestasi yang sama baik.

曹捷