WHO Gembira Dapat Kerjasama dengan China

2021-01-13 10:59:02  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) gembira kerana dapat menjalankan kerjasama dengan China dalam usaha berkaitan vaksin COVID-19 dan penyelidikan asal usul virus, kata Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Dalam taklimat media pada Isnin, beliau memberitahu sebuah kumpulan pakar antarabangsa WHO bakal tiba di China untuk bekerjasama dengan pakar tempatan bagi mengkaji asal usul virus COVID-19.

Dalam perkembangan lain, sebuah pasukan WHO sedang berada di China untuk menjalankan kerjasama dengan Sinovac dan Sinopharm. Pengeluaran dua firma farmaseutikal itu akan dinilai menurut piawaian antarabangsa agar vaksin yang dibangunkan mereka dapat disenaraikan untuk kegunaan kecemasan.

张哲