Trump Berdepan Pendakwaan Dua Kali

2021-01-14 13:07:08  CRI
Share with:

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan usul pendakwaan untuk memecat Presiden Donald Trump yang dituduh "menghasut pemberontakan" susulan serangan penyokongnya di Capitol minggu lalu.

Ini menjadikan Trump muncul sebagai presiden pertama yang berdepan pendakwaan dua kali dalam sejarah AS.

Usul yang mendakwa Trump tidak layak memegang jawatan mengikut pindaan ke-25 Perlembagaan dilulus dengan 232 undi menyokong dan 197 undi menentang.

Semua ahli Dewan Perwakilan dari Parti Demokrat dan sepuluh lagi dari Parti Republikan mengundi menyokong pendakwaan tersebut.

Pada fasa seterusnya, Senat akan membicarakan kes itu. Menurut Perlembagaan AS, presiden akan dijatuhkan hukuman dan disingkirkan daripada jawatannya jika mendapat undi sokongan daripada dua pertiga senator.

Pemimpin Republikan Senat, Mitch McConnell bagaimanapun membayangkan Senat tidak akan mengadakan perbicaraan terhadap Trump sebelum 20 Januari ketika Joe Biden mengangkat sumpah sebagai presiden AS.

周乔西