Wang Yi: Praktikkan Multilateralisme Sebenar

2021-01-14 11:58:43  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa menanti-nantikan kerajaan baharu AS dapat kembali ke multilateralisme. China juga menyambut baik hal tersebut.

Demikian ujar Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi dalam tempoh lawatan di Indonesia pada Rabu.

Mengulas bagaimana mempraktikkan multilateralisme sebenar, Wang Yi menegaskan empat perkara perlu dijadikan pegangan teguh iaitu menjunjung Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB); menghormati kedaulatan dan mempertahankan kesamarataan semua negara; mendukung kepelbagaian dunia, menghormati hak pembangunan semua negara; mengendalikan urusan  global menerusi rundingan bersama, dan menggalakkan pendemokrasian hubungan antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau turut mengemukakan bantahan terhadap tiga perbuatan atas nama multilateralisme, iaitu memainkan politik kelompok tertutup, memaksakan peraturan yang ditetapkan segelintir negara ke atas masyarakat antarabangsa dan menubuhkan perikatan berasaskan konsep nilai yang menyasarkan negara tertentu.

张哲