China, Indonesia Tingkat Sinergi Bangun Vaksin

2021-01-14 12:02:01  CRI
Share with:

China dan Indonesia menjadi teladan kepada negara-negara membangun lain dan serantau dalam kerjasama berkaitan vaksin, selepas dua negara berjaya melakukan ujian klinikal fasa ketiga vaksin COVID-19 serta penggunaan kecemasannya.

Pujian itu diberi oleh Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Jakarta pada Rabu.

“China bersedia terus menyokong firma kedua-dua negara menjalankan kerjasama dalam pengeluaran dan pembelian vaksin COVID-19, bagi memastikan vaksin berkenaan mudah diakses dan dan kosnya mampu ditanggung oleh negara-negara membangun, sekali gus menggalakkan pembinaan komuniti kesihatan sesama insan," kata Wang.

Beliau juga menyatakan China bersedia bersama-sama Indonesia merancakkan kerjasama berkualiti yang berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), termasuk projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung dan pembinaan koridor ekonomi komprehensif serantau.

Jokowi pula menzahirkan kesediaan negaranya untuk mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, antaranya perdagangan, pelaburan, kewangan dan sosiobudaya, selain aktif mempergiat usaha sama membabitkan projek-projek utama seperti HSR Jakarta-Bandung.

 

 

 

周乔西