China, Brunei Ikrar Perkasa Sinergi Lawan COVID-19

2021-01-15 14:48:03  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan pada Khamis.

Dalam pertemuan itu, Wang Yi telah menyatakan kesediaan pihak China untuk terus bekerjasama dengan Brunei dalam usaha memerangi COVID-19.

China bersetuju membina "laluan pantas" bagi mempermudah perjalanan warga dua negara, dan membincangkan pembukaan "lalu hijau" bagi pengangkutan kargo.

Selain itu, kedua-dua negara diharap mempercepat kerjasama melibatkan projek petrokimia Hengyi, Koridor Ekonomi Guangxi-Brunei, serta pertanian dan perikanan, di samping meneroka titik pertumbuhan baharu dalam sektor 5G, data raya dan pengkomputeran awan bagi membantu mewujudkan pempelbagaian ekonomi di Brunei.

Sultan Hassanal Bolkiah pula bertitah, China merupakan jiran bersahabat tradisional dan rakan kerjasama penting bagi Brunei.

Baginda turut merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan China untuk membantu Brunei melawan wabak COVID-19, sambil menyatakan hasrat untuk menjalankan kerjasama berkaitan vaksin dengan China.

Sebagai pengerusi bergilir ASEAN, Brunei juga bersedia memainkan peranan bagi  menggalakkan kesalingpercayaan dan kerjasama ASEAN-China, dan menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan serantau.

张哲