Lancar Perang Dagang, Pasaran Kerja AS Susut

2021-01-16 17:03:42  CRI
Share with:

Pasaran pekerjaan di Amerika Syarikat menyusut ketara dengan hilangnya sebanyak 245,000 peluang kerja setakat ini gara-gara perang perdagangan yang dicetuskan negara itu terhadap China, menurut laporan kaji selidik oleh Oxford Economics.

Kaji selidik yang diamanahkan oleh Majlis Perniagaan AS-China (USCBC) menunjukkan pada 2019, sebanyak 1.2 juta peluang pekerjaan tersedia kepada masyarakat tempatan hasil eksport ke China.

Antaranya, 197,000 warga AS digaji oleh syarikat multinasional China. Pada tahun sama pula, perusahaan AS telah melaburkan sebanyak USD105 bilion (RM424 bilion) di China.

Selain kehilangan peluang pekerjaan, laporan tersebut juga menjangkakan,  terencatnya hubungan perdagangan antara dua entiti ekonomi terbesar dunia itu akan menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS merosot sebanyak USD1.6 trilion (RM6.46 trilion) dalam tempoh lima tahun mendatang.

梁靓