Naib Presiden Turki Terima Suntikan Vaksin China

2021-01-17 15:12:42  CRI
Share with:

Naib Presiden Turki, Fuat Oktay menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Sinovac di Hospital Bandar Ankara pada Sabtu, menjadi satu lagi pegawai kanan negara itu yang disuntik vaksin China selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Menteri Kesihatan Fahrettin Koca.

Ketika ditemu ramah agensi berita Anadolu selepas mendapat suntikan, Oktay memberitahu hampir 700 ribu penduduk negaranya telah menerima suntikan vaksin buat masa ini.

Katanya, walaupun program pemvaksinan baru bermula di Turki, namun jumlah penerima suntikan vaksin antara yang paling banyak di dunia.

Naib presiden itu turut mengharapkan vaksin yang dibangunkan negaranya sendiri dapat memasuki pasaran pada April.

周乔西