1 Juta Dos Vaksin China Tiba di Serbia

2021-01-17 14:37:49  CRI
Share with:

1 Juta Dos Vaksin China Tiba di Serbia_fororder_1126990784_16108152020301n

Sebanyak 1 juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) telah dihantar sampai di Belgrade, ibu negara Serbia pada pagi Sabtu.

Ia merupakan penghantaran kumpulan pertama vaksin China kepada negara itu.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic dan Duta Besar China, Chen Bo menyambut ketibaan vaksin di lapangan terbang.

1 Juta Dos Vaksin China Tiba di Serbia_fororder_1126990784_16108152020581n

Vucic dalam ucapannya  menyifatkan vaksin China sebagai tanda persahabatan mulia antara kedua-dua negara, dan akan menyediakan perlindungan kepada 500 ribu rakyat Serbia.

Beliau turut mengumumkan dirinya akan menerima suntikan vaksin Sinopharm dan percaya akan kualiti vaksin yang dibangunkan China.

Duta Besar Chen Bo berkata, China antara negara pertama yang berjanji menjadikan vaksin COVID-19 sebagai produk awam global. Vaksin COVID-19 keluaran Sinopharm dihantar ke Serbia hanya 16 hari selepas diluluskan untuk dipasarkan. Hal ini memperlihatkan kedua-dua negara berjuang seiringan dalam memerangi pandemik.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa vaksin China dapat memberi sumbangan kepada usaha melawan COVID-19 di Serbia. 

张哲