Dijangka 80 Ribu Pesakit COVID-19 Maut di AS pada Tiga Minggu Kelak

2021-01-18 13:43:29  CRI
Share with:

Menurut jangkaan terkini diumumkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), kes kematian akibat COVID-19 di AS mungkin telah mencatat 440 ribu hingga 477 ribu menjelang 6 Februari. Ini bermakna kira-kira 80 ribu orang dijangka akan diragut nyawa oleh COVID-19 dalam tempoh tiga minggu akan datang di negara itu.

Data statistik dibuat Universiti Johns Hopkins mendedahkan setakat malam kelmarin waktu timur AS, kes jangkitan COVID-19 telah melebihi 23.75 juta, dan kes kematian pula dilaporkan melebihi 395 ribu.

Selain itu, kes jangkitan dalam tempoh sehari mencatat rekod tertinggi sejak tercetusnya wabak ini di AS dengan 314,093 yang dilaporkan pada 8 Januari lalu.

张宪