WEF Beri Amaran Risiko Ekonomi Dunia Jangka Panjang

2021-01-20 12:33:23  CRI
Share with:

Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah mengumumkan Laporan Risiko Global Tahun 2021 semalam, yang mengamarkan bahawa wabak COVID-19 telah membesarkan jurang perbezaan golongan kaya dengan miskin dan mungkin menghalang pembangunan ekonomi global pada 3 hingga 5 tahun akan datang, malah akan meruncing ketegangan geopolitik pada 5 hingga 10 tahun akan datang.

Dimaklumkan, risiko yang pasti wujud pada 2 tahun depan adalah penyakit berjangkit, krisis pengambilan kerja, ketidaksamarataan dalam masyarakat digital dan keselamatan siber. Dipengaruhi wabak, bidang ekonomi dan teknologi akan beransur-ansur menyaksikan risiko yang berkaitan pada 3 hingga 5 tahun akan datang di seluruh dunia, termasuk pemecahan buih aset, perobohan infrastruktur IT, turun naik harga dan krisis hutang. Walau bagaimanapun, risiko persekitaran tetap menduduki tangga pertama dalam ranking risiko keseluruhan bagi tempoh 10 tahun kelak.

Pengarah Eksekutif WEF, Saadia Zahidi menyeru kerajaan, perusahaan dan masyarakat agar menubuhkan sistem ekonomi dan sosial yang baharu bagi memperhebat ketabahan kolektif dan kemampuan bertindak, sekaligus mengurangkan ketidaksamarataan, menambahbaik kesihatan dan memelihara bumi.

高蕾