Iraq Lulus Penggunaan Vaksin COVID-19 dari China

2021-01-20 15:09:34  CRI
Share with:

Kementerian Kesihatan Iraq semalam meluluskan penggunaan secara cemas vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh China dan Britain iaitu vaksin keluaran syarikat SINOPHARM dan vaksin dari keluaran secara bersama oleh Universiti Cambridge dan Astra Zeneca.

Menterinya, Hassan al-Tamimi berkata, pihaknya telah bersedia untuk menerima vaksin tersebut dan telah menetapkan golongan yang akan menerima suntikan untuk pusingan pertama.

Sementara itu, jurucakap kementerian tersebut turut berkata, vaksin dari China memenuhi standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Iraq.

Menurut statistik terkini oleh Kementerian Kesihatan Iraq, sebanyak 823 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam dengan jumlah kes kini dicatatkan sebanyak 609,852 kes. Antaranya 12,962 orang meninggal dunia dan 573,011 orang telah sembuh.

徐国玮