AS Kembali ke Perjanjian Paris

2021-01-21 12:56:46  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden petang semalam telah menandatangani perintah eksekutif untuk mengumumkan AS menganggotai semula Perjanjian Paris. Sebelum itu, Biden menyatakan bahawa AS akan bertindak melalui cara yang tidak pernah diambil sebelum ini untuk menangani perubahan iklim.

Bekas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan AS menarik diri daripada perjanjian tersebut pada Jun tahun 2020 dan pengunduran itu diluluskan secara rasmi pada 4 November 2020. Tindakan itu telah mengundang kritikan secara menyeluruh dari dalam dan luar negeri AS.

曹捷