China Menarik Pelabur Global

2021-01-22 13:38:54  CRI
Share with:

Ekonomi China telah lulus dalam ujian wabak COVID-19 pada tahun 2020, terbukti dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang melebihi RMB100 trilion (RM62.37 trlion). Sifat kental milik ekonomi China beserta prospeknya telah menjadi tumpuan agensi-agensi media Amerika Syarikat (AS).

The Wall Street Journal dalam laman sesawangnya menyiarkan satu rencana yang menyatakan ekonomi China telah bertumbuh dengan kadar 2.3% pada tahun 2020, sekali gus menjadikan negara ini entiti ekonomi utama yang pertama yang mewujudkan pertumbuhan yang positif di seluruh dunia.

Menurut rencana itu, pemulihan dan pertumbuhan ekonomi China yang kuat memperlihatkan kejayaan China dalam mencegah dan mengawal wabak COVID-19. Ketika industri pembuatan di kebanyakan negara hampir berhenti, penyambungan semula operasi dan pengeluaran di China telah diwujudkan sehingga banyak perkakasan perubatan dan kelengkapan untuk kegunaan kerja di rumah dapat dikeluarkan dan dieksport.

Consumer News and Business Channel (CNBC) dalam satu rencananya menyatakan bahawa di sebalik  pergelutan sejagat melawan wabak COVID-19 pada tahun 2020, prestasi ekonomi yang baik telah membantu China berjaya menarik lebih banyak modal asing. Kumpulan Macquarie menjangkakan bahawa bon hutang China yang dibeli pelabur asing telah bertambah sekali ganda lebih pada tahun 2020.

曹捷