Xi Hubungi Setiausaha Agung Laos

2021-01-22 12:27:57  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping telah menghubungi Setiausaha Agung Parti Revolusioner Rakyat Laos (LPRP), Thongloun Sisoulith menerusi telefon semalam.

Xi mengucapkan tahniah kepada Thongloun yang terpilih sebagai setiausaha agung dan menyifatkan kongres kebangsaan ke-11 LPRP amat signifikan bagi mendorong pembangunan masyarakat sosialis di negara itu. Negara dan rakyat Laos dipercayai dapat merealisasikan matlamat yang ditetapkan dalam kongres terbabit dengan pimpinan jawatankuasa pusat baharu.

Tambah beliau, pada saat berada dalam tempoh masa emas hubungan kedua-dua negara dan menghadapi situasi masyarakat antarabangsa yang sedang mengalami perubahan drastik, China bersedia mempererat pertukaran peringkat tinggi, memperhebat interaksi strategik dan mendorong pertukaran pengalaman tadbir urus parti dan negara dengan Laos. Sementara itu, kedua-dua pihak diharap menggalakkan pembinaan koridor ekonomi dan landasan kereta api, dan memperdalam kerjasama kebudayaan, belia serta pelancongan. Selain itu, China akan menyokong usaha Laos dalam melawan wabak COVID-19, dan menimbangkan akan menghulurkan bantuan vaksin kepada negara itu.

Tahun Persahabatan China-Laos turut dirasmikan sempena perbualan telefon pemimpin parti pemerintah kedua-dua negara.

高蕾