China Bantu Brazil Melawan Wabak

2021-01-24 12:55:53  CRI
Share with:

Duta Besar China ke Brazil, Yang Wanming mengatakan kelmarin bahawa China akan mendermakan barangan dan perkakasan pencegahan wabak COVID-19 termasuk oksigen, peralatan penjana oksigen dan penutup mulut dan hidung untuk membantu rakyat negeri Amazonas, Brazil melawan wabak.

Dalam telesidang yang diadakan antara Yang Wanming dengan Gabenor negeri Amazonas, Yang menyatakan bahawa atas permintaan pihak Brazil, China sedang mempergiat pelaksanaan tindakan bantuan, misalnya Persatuan Barang Merah China akan menghulurkan bantuan kecemasan kepada negeri Amazonas, kerajaan provinsi Guangdong China, syarikat-syarikat China di Brazil termasuk XCMG, Bank of China (BOC), Huawei, GREE dan BYD serta Pusat Pengajian Sosiobudaya China-Brazil sudah atau akan menyediakan perkakasan pencegahan wabak dan bungkusan makanan.

Gabenor Amazonas menyatakan kesediaan untuk mengeratkan kerjasama dengan China dalam melawan wabak dan mempertingkakan kerjasama ekonomi dan perdagangan pasca wabak agar mendorong pemulihan ekonomi tempatan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. 

曹捷