Pemvaksinan COVID-19 Digalakkan Negara Asia Barat

2021-01-24 14:30:07  CRI
Share with:

Banyak negara Asia Barat dilaporkan mengambil langkah pencegahan dan kawalan yang ketat di samping menetapkan jadual pemvaksinan  bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

 Menurut maklumat yang disampaikan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada sidang akhbar 22 Januari lalu, vaksin COVID-19 kumpulan kedua yang dihasilkan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) akan dihantar ke negaranya pada masa yang terdekat. Sebelum ini, sebanyak tiga juta dos vaksin buatan Sinopharm telah dihantar sebagai kumpulan pertama ke Ankara pada 30 Disember 2020.

Pada 22 Januari lalu, Perdana Menteri Sementara Lubnan, Hassan Diab menghubungi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menerusi telefon dan meminta PBB menyediakan bantuan dalam bentuk 200 katil rawatan intensif, di samping membantu menjalankan program pemvaksinan COVID-19 di negaranya.

曹捷