Tibet Perkenalkan Peraturan Pembinaan Tamadun Ekologi

2021-01-25 13:17:31  CRI
Share with:

Tibet Perkenalkan Peraturan Pembinaan Tamadun Ekologi_fororder_Tibet

Kerajaan Wilayah Autonomi Tibet China meluluskan peraturan mengenai pembinaan tamadun ekologi semalam bagi menyempurnakan sistem perundangan tempatan dalam bidang berkenaan.  

Peraturan itu menetapkan langkah-langkah dalam tiga aspek iaitu perlindungan keselamatan ekologi, pembangunan ekonomi ekologi, dan penyemarakan budaya ekologi.

Menurut peraturan tersebut, usaha harus dilakukan untuk melindungi gunung, sungai, tasik, tanah paya, hutan, padang rumput, padang pasir dan lain-lain, memelihara sistem dan sumber ekologi, membina sistem perlindungan alam semula jadi.

Selain itu, tumpuan juga akan diberikan untuk menggalakkan industri penternakan, tenaga hijau dan bersih, ekonomi yang boleh dikitar semula, perlombongan hijau, pelancongan ekologi, budaya ekologi dan lain-lain.

Menurut Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Perundangan wilayah Tibet, peraturan itu juga menetapkan butiran terperinci mengenai perlindungan terhadap spesis berharga di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, pembinaan hutan, pemulihan gunung perlombongan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan lain-lain.

胡星