WHO: Kes COVID-19 akan Pecah 100 Juta Minggu Ini

2021-01-26 12:43:55  CRI
Share with:

Menurut data terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat pukul 5.30 petang waktu tengah Eropah, kes positif COVID-19 mencapai angka 98.79 juta di seluruh dunia, antaranya 2.12 juta orang meninggal dunia.

Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengunjurkan kes positif dijangka akan memecah 100 juta di dunia pada minggu ini. Beliau menggesa pelbagai negara berusaha sedaya upaya membendung penularan wabak dan menyelamatkan nyawa.

Menurut laporan CNN pula, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden akan memeterai perintah eksekutif memulihkan sekatan perjalanan antarabangsa yang melibatkan Brazil, Ireland, Britain, zon Schengen di Eropah dan Afrika Selatan.

覃淼