Fauci: Pemecahbelahan dan Pempolitikan Isu, Iktibar AS

2021-01-26 13:22:38  CRI
Share with:

Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr. Anthony Fauci menyatkan semalam, pemecahbelahan dan pempolitikan merupakan iktibar yang harus diambil oleh negara itu dalam kerja melawan pandemik COVID-19. Di samping itu, beliau juga menyanjung tinggi peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam usaha memerangi pandemik sedunia.

Sempena berucap pada sesi dialoga Agenda Davos Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang diadakan secara maya, Dr. Fauci menyatakan, apabila pemecahbelahan berlaku di sesebuah negara, penyelesaikan krisis kesihatan awam akan menjadi amat sukar, khususnya dalam keadaan isu kesihatan awam dipolitikkan. Apabila amalan memakai pelitup muka menjadi satu simbol politik, ia akan membawa kerosakan teruk kepada penyelesaian krisis kesihatan awam berkenaan.

Katanya, walaupun pelbagai negeri di AS mempunyai cara yang berbeza ketika menangani wabak, tetepi kerajaan persekutuan harus mengambil langkah untuk menyelaraskan tindakan di pelbagai negeri. Namun yang amat menyesalkan ialah kerajaan persekutuan tidak berbuat sedemikian.

胡星