Panggilan Pertama antara Presiden Putin, Biden

2021-01-27 15:16:23  CRI
Share with:

Presiden Rusia, Vladimir Putin menghubungi presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melalui panggilan telefon semalam. Kedua-dua pemimpin dalam panggilan pertama itu telah membincangkan hubungan dua hala dan isu-isu semasa global.

Menurut pengumuman portal rasmi presiden Rusia, kedua-dua pemimpin berpuas hati dengan pertukaran nota diplomatik tentang melanjutkan Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (New START) serta mengadakan perbincangan tentang hubungan dua hala dan isu-isu semasa global termasuk kerjasama antara kedua-dua negara bagi membendung penularan pandemik COVID-19, ekonomi dan perdagangan, AS menarik diri secara sepihak dari Perjanjian Langit Terbuka serta perjanjian komprehensif isu nuklear Iran.

徐国玮