Dokumen Perolehan Vaksin Buatan China Ditandatangani di Malaysia

2021-01-27 14:12:49  CRI
Share with:

Kementerian Kesihatan Malaysia menandatangani perjanjian dengan syarikat Pharmaniaga untuk membeli vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh syarikat Sinovac Life Science China.

Difahamkan, selepas vaksin tersebut mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Malaysia, ia akan dibekalkan kepada negara itu secara berperingkat bermula April nanti. 

Berdasarkan satu kenyataan Pharmaniaga, pihaknya berpuas hati terhadap keputusan ujian klinikal fasa ketiga vaksin buatan Sinovac kerana ia memenuhi piawaian dan panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang ketat. Oleh itu, keselamatan, keberkesanan dan mutu tinggi vaksin itu boleh terjamin.

Difahamkan, Pharmaniaga dan Sinovac telah menandatangani perjanjian kerjasama dalam vaksin COVID-19 pada 12 Januari. 

胡星