Xi: Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Belarus

2021-01-27 15:14:40  CRI
Share with:

China dan Belarus perlu bersama-sama mendorong pembangunan bermutu tinggi inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menjayakan pembinaan Taman Industri China-Belarus serta mengadakan lebih banyak kerjasama dalam bidang membendung pandemik, ekonomi dan perdagangan, sains dan teknologi dan kebudayaan.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Belarus, Alexander Lukashenko melalui telefon malam tadi.

Xi berkata, berdepan penularan pandemik COVID-19, kedua-dua negara ini bekerjasama rapat membendung penularan pandemik dan memelihara trend kerjasama pragmatik yang baik dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, China bersedia berkongsi lebih banyak peluang pembangunan dan ruang kerjasama dengan pelbagai negara termasuk Belarus.

Xi yakin hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara akan berkembang baik.

Lukashenko pula berkata, pihaknya berasa kagum dan mengucapkan syabas atas kejayaan China dalam membendung penularan wabak, memulihkan pengeluaran, membasmi kemiskinan dan menjalankan penyelidikan bulan.

Belarus menyokong kerajaan China dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan asas negara termasuk isu Hong Kong, Taiwan dan Xinjiang. Pihaknya komited bersama-sama China membina BRI dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

徐国玮