Jumlah Populasi Rusia Menurun 510 Ribu

2021-01-29 13:30:15  CRI
Share with:

Jumlah populasi di Rusia menurun sebanyak 510 ribu pada tahun lepas, memetik laporan keluaran Jabatan Statistik Persekutuan Rusia semalam.

Ini penurunan yang paling besar di negara itu dalam 15 tahun lalu.

Jumlah populasi di Rusia mencatat peningkatan dari tahun 2008 hingga 2018 sehingga merekodkan 146.9 juta pada awal tahun 2018, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah. Namun, jumlah populasi berkurang kira-kira 100 ribu masing-masing pada tahun 2018 dan 2019.

Kerajaan Rusia telah mengambil siri tindakan untuk menggalakkan rakyatnya beranak bermula pertengahan abad lalu. Kini, isu peningkatan populasi antara faktor yang menyekat pembangunan sosioekonomi di negara itu.

覃淼