Seruan Pertahankan Multilateralisme Makin Tinggi

2021-01-30 15:29:55  CRI
Share with:

Sesi dialog Agenda Davos Forum Ekonomi Dunia (WEF) diadakan secara maya pada 25 hingga 29 Januari lalu. Pemimpin pelbagai negara telah menyeru masyarakat antarabangsa meningkatkan perpaduan dan kerjasama, memelihara dan melaksanakan multilateralisme supaya bersama-sama menghadapi cabaran global seperti pandemik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi.

Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, masa kini ialah zaman multilateralisme. Ketika menggubal dasar pemulihan Jerman dan negara-negara lain Kesatuan Eropah (EU), kerjasama dengan negara-negara membangun tidak patut dikurangkan tetapi harus ditingkatkan. Beliau mengatakan, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mempunyai kedudukan teras dalam bidang perdagangan. Selain itu, penandatanganan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) juga satu hasil yang menarik perhatian.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pula mengatakan, masyarakat antarabangsa menghadapi pelbagai cabaran seperti penularan wabak, pemulihan ekonomi dan perubahan iklim. Kerjasama antarabangsa amat penting bagi usaha mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Pelbagai negara perlu memperkasakan kerjasama, memandang jauh, meningkatkan peranan pertubuhan antarabangsa seperti WTO serta menetapkan peraturan baharu untuk mentadbir dan mendorong kegiatan ekonomi.

徐国玮