Iran: Peserta Perjanjian Nuklear Iran Tidak Boleh Ubah

2021-01-31 15:38:09  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh menyatakan semalam, perjanjian komprehensif isu nuklear Iran diluluskan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui resolusi 2231, maka ia tidak boleh dirunding semula, dan pesertanya juga adalah jelas dan tidak boleh diubah.

Katanya, jika wujudnya keinginan untuk memulihkan atau menyelamatkan perjanjian tersebut, penyelesaianya amat "mudah". Amerika Syarikat (AS) harus kembali ke perjanjian itu dan membatalkan semua sekatan terhadap Iran yang dilaksanakan oleh kerajaan penggal dahulu.

胡星