Pegawai Kanan Jerman Seru Vaksin China Diluluskan

2021-02-01 11:50:04  CRI
Share with:

Menteri Bavaria, Markus Soeder menggesa pihak pengawal selia Eropah supaya meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 hasil China dan Rusia secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan vaksin.

Beliau yang juga pengerusi Kesatuan Sosial Christian (CSU) Jerman, menegaskan tentang perlunya penelitian dibuat terhadap calon vaksin yang lain.

“Jabatan pengawal selia Eropah harus melakukan penelitian secepat mungkin terhadap vaksin keluaran China dan Rusia. Vaksin berkenaan boleh diguna pakai sebaik sahaja didapati selamat dan berkesan,” katanya kepada akhbar Die Welt, pada Ahad.

Pada masa sama, Menteri Kesihatan negara itu, Jens Spahn menyatakan, pihaknya bersikap terbuka terhadap pengambilan vaksin dari China dan Rusia.

董筱娉