Melangkah ke Hidup yang Lebih Bahagia -- Hadiahkan Anda Tiga Lembu

2021-02-04 14:47:40  CRI
Share with:

Melangkah ke Hidup yang Lebih Bahagia -- Hadiahkan Anda Tiga Lembu_fororder_图片:拓荒牛

 

Tahun Baharu China (TBC) akan menjelang tiba tidak lama lagi, dan tahun ini ialah "tahun lembu" mengikut kalender tradisional China.

Di mata orang China, lembu melambangkan sederhana, baik hati, rajin dan bakti.

"Semangat lembu" selalu digunakan untuk memberi penilaian tinggi terhadap mereka yang bekerja keras tanpa mengambil kira balasannya.

Baru-baru ini, pemimpin tertinggi China menggalakkan pegawai di seluruh negara agar menyemarakkan "semangat tiga lembu" untuk berbakti kepada rakyat, berinovasi demi pembangunan, dan bekerja bersungguh-sungguh.

 

Video ini memaparkan huruf Mandarin “犇(ben)” yang terdiri daripada tiga huru "牛(niu:lembu)". “犇” bermaksud melangkah pantas menuju ke suatu tempat.

Sempena sambutan TBC tahun lembu ini, kami menghadiahkan "犇" ini kepada anda dan semoga anda sihat dan baik hati seperti lembu dan melangkah ke hidup yang lebih bahagia.

王瑾