Presiden IOC Puji Persiapan China untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk

2021-02-04 11:55:40  CRI
Share with:

Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC) menyifatkan usaha China bagi menjayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk tatkala berlakunya pandemik COVID-19 sebagai cerminan kepada kesungguhan rakyat negara itu.

Dengan kerja-kerja persiapan sedang berjalan lancar juga, presidennya, Thomas Bach memberitahu bahawa beliau yakin temasya sukan tersebut akan diadakan dengan jayanya.

Dalam pada itu, beliau juga menghargai sokongan Presiden China, Xi Jinping yang mengemukakan gagasan "penglibatan 300 juta populasi negara dalam sukan ais dan salji".

Selain itu juga, Bach turut berpuas hati dengan persiapan dilakukan oleh China semasa pandemik susulan kesemua gelanggang dan gimnasium sudah siap dibina setahun lebih awal, yang sekali gus disimpulkan sebagai dinamik, penuh tekad dan efisien.

Beliau menambah, sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Musim Panas, Beijing dijangka akan mencapai prestasi yang cemerlang dalam sejarah.

高蕾