Pemimpin Tertinggi Iran: AS Perlu Batalkan Sekatan Terlebih Dahulu

2021-02-08 13:25:05  CRI
Share with:

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam menyatakan bahawa sekiranya Amerika Syarikat (AS) benar-benar membatalkan sekatan dan hasilnya diiktiraf oleh Iran, pihaknya barulah akan melaksanakan semula Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) mengenai program nuklear Iran.

Menurut Agensi Republik Islam (IRNA), ketika ditemui anggota tentera udara Iran di Tehran semalam, Khamenei menyatakan bahawa Iran mahu melihat tindakan sebenar AS untuk membatalkan sekatan, tetapi bukan apa yang dicakap atau ditulis. Ini dasar Iran yang tidak akan berubah.

Tambah beliau, AS dan beberapa negara Eropah melanggar janjinya dalam pelaksanaan JCPOA, dan tidak berhak lagi menetapkan syarat bagi pelaksanaan semula pelan itu.

Baru-baru ini, AS dan beberapa pegawai dari negara Eropah mengemukakan cadangan untuk mengadakan rundingan mengenai mengekang kekuatan pertahanan negara Iran dan tindakan Iran di rantau sekitarnya. Pada masa yang sama, Iran sudah pun berulang kali menyatakan tidak menerima sebarang pindaan terhadap JCPOA. 

曹捷