Xi Hubungi Presiden Vietnam

2021-02-09 13:00:49  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping semalam menghubungi rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Phu Trong menerusi telefon.

Xi mengucapkan tahniah kepada Phu Trong yang sekali lagi terpilih menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (PKV). PKV dan rakyat Vietnam dipercayai dapat melaksanakan perancangan yang dibuat dalam Kongres Kebangsaan ke-13 PKV dan mewujudkan matlamat pembangunan negara di bawah pimpinan jawatankuasa pusat PKV penggal baharu.

Tambah beliau, sebagai komuniti berkongsi nasib yang strategik, China dan Vietnam dikehendaki giat mengembangkan hubungan secara lestari, sihat dan stabil. Ini selaras dengan kepentingan asas kedua-dua pihak, dan bermanfaat bagi pembangunan sosialis, perlindungan keamanan serantau dan sejagat, serta pemeliharaan kemakmuran. Terdepan dengan impak wabak COVID-19 dan cabaran persekitaran luar yang rumit, China dan Vietnam berjaya merapatkan kerjasama pragmatik. Pencapaian ini tidak terlepas dari pimpinan parti komunis dan jaminan dari sistem sosialis.

Xi menekankan, China bersedia memperhebat penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif "Jalur dan Lalauan" dengan Strategi "Dua Koridor dan Satu Lingkungan", memperkasakan kerjasama dalam perubatan dan sanitasi, ekonomi digital, dan sosiobudaya, di samping meningkatkan penyelarasan dalam urusan antarabangsa dan serantau, menjaga sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, menentang amalan perlindungan dan unilateralisme, secepat mungkin menguatkuasakan Perkongsian Ekonomi Kerjasama Serantau (RCEP), menangani perselisihan maritim, dan menentang provokasi pihak luar.

Phu Trong mengucapkan tahniah atas pencapaian matlamat pembangunan negara China untuk seratus tahun pertama dan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China.

高蕾