Pakar WHO: Kerajaan Trump Terpisah Dari Realiti

2021-02-11 13:18:48  CRI
Share with:

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semakin terpisah daripada realiti ketika di bawah pimpinan Donald Trump, kata anggota pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Peter Daszak.

Daszak yang juga Presiden EcoHealth Alliance AS dalam ciapannya di laman Twitter pada Rabu memberitahu bahawa kebanyakan maklumat dari kerajaan AS ketika itu adalah salah dan palsu.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kesangsian Jabatan Negara AS terhadap hasil kajian asal usul virus COVID-19 yang dilaporkan WHO baru-baru ini.

Dalam satu sidang media di bandar Wuhan pada Selasa, kumpulan pakar WHO memaklumkan pihaknya telah melawat ke sembilan lokasi untuk mengkaji asal usul virus COVID-19, dan mengklasifikasikan virus itu "sangat mustahil" tersebar dari makmal di Wuhan. 

Kenyataan dalam sidang media itu turut memetik bahawa penyelidikan mengenai tajuk tersebut tidak akan dijalankan pada masa kelak. 

梁靓